SISWI SELATAN. Powered by Blogger.
RSS

SUKATAN PELAJARAN IBADAT

PELAJARAN KEEMPAT ( WUDUK )

4.1 PENGERTIAN WUDUK

4.2 FARDU - FARDU WUDUK

4.3 SUNAT SEBELUM BERWUDUK

4.4 SUNAT KETIKA BERWUDUK

4.5 SUNAT SELEPAS BERWUDUK

4.6 PERKARA - PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK

4.7 SEMPURNAKAN WUDUK

SUMBER DARI : BAHAGIAN PENDIDIKAN JABATAN AGAMA JOHOR

Friday 10 August 2012

SUNAT SEBELUM WUDHUK

SUNAT SEBELUM WUDHU’


1. Membaca “basmalah” iaitu lafaz 
2. Membasuh dua tapak tangan hingga pergelangan tangan.
3. Berkumur-kumur.

4. Memasukkan air ke dalam hidung.

FARDHU WUDUK

Fardhu Wuduk Ada Enam(6) Perkara


1. Niat

Lafaz niat wuduk:


2. Membasuh Muka

Membasuh Muka
Sempadan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat tumbuh rambut di atas kepala sehingga penghujung tempat tumbuh janggut. Melintang pula di antara dua anak telinga, dan wajib menyampaikan air ke seluruh tempat dan juga bulu-bulu termasuk bulu mata, misai, janggut dan sebagainya.
Sempadan Muka
Walau bagaimanapun, sunat melebihkan sedikit had basuhan di atas kepala, ke telinga dan juga di bawah dagu.

3. Membasuh Kedua-dua Belah Tangan Hingga ke Siku
Membasuh Tangan
Maksud membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku ini bukanlah bererti sampai ke siku sahaja, malah hendaklah dilebihkan had basuhan sedikit ke atas siku dengan meratakan air ke seluruh tangan dan termasuk ke celah-celah kuku (sekiranya kuku itu panjang).

Sekiranya kuku itu mengandungi kekotoran hendaklah dibuang terlebih dahulu. Pastikan bahawa tiada sesuatu apa pun benda-benda yang menghalang sampainya air ke kulit, begitu juga bulu-bulu yang terdapat pada anggota wuduk.

4. Menyapu Sedikit Air di Bahagian Kepala


Menyapu Air di Kepala
Memadailah dengan menyapu sedikit sahaja air ke atas mana-mana bahagian kepala.

5. Membasuh Kaki hingga Dua Buku Lali

Membasuh Kaki
Sebagaimana juga tangan, maka apabila disebut buku lali, maka sunat juga membasuh lebih sedikit daripada had basuhan ke atas buku lali. Begitu juga diwajibkan menyampaikan air ke dalam kuku-kuku kaki dan sebagainya.

6. Tertib

Iaitu didahulukan mengikut giliran yang ditentukan.

Thursday 9 August 2012

SEMPURNAKAN WUDUK

                                                       
                                            SEMPURNAKAN WUDUK


" SOLATLAH DENGAN SEMPURNA IBARAT KITA MEMBINA RUMAH KITA "
KITA HENDAKLAH MELAKUKAN WUDUK KERANA ALLAH DENGAN SEMPURNA. SELAIN ITU, KITA PERLULAH MENGIKUT ADAB - ADAB WUDUK DAN MELAKUKAN PERKARA - PERKARA SUNAT SERTA MENINGGALKAN PERKARA - PERKARA YANG MAKRUH SEMASA BERWUDUK

SUNAT DAN PERKARA MEMBATALKAN WUDUK

                                SUNAT SELEPAS BERWUDUK KITA MEMBACA????

                                    
                                PERKARA - PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK

1. KELUAR BENDA DARIPADA QUBUL ATAU DUBUR SEPERTI AIR KENCING, TAHI, KENTUT, DARAH DAN SEBAGAINYA.

2. TIDUR YANG TIDAK TETAP PUNGGUNG SEPERTI TIDUR BARING, TERLENTANG, MENIARAP ATAU SEUMPAMANYA.

3. HILANG AKAL DENGAN SEBAB MABUK, PITAM, GILA ATAU SAKIT.

4. BERSENTUHAN KULIT LELAKI DAN PEREMPUAN YANG HALAL NIKAH DENGAN TIADA BERLAPIT SAMADA SENGAJA ATAU TIDAK.

5. MENYENTUK QUBUL ATAU DUBUR MANUSIA DENGAN TAPAK TANGAN ATAU PERUT JARI SAMA ADA SENGAJA ATAU TIDAK.

Tuesday 7 August 2012

Jom Menyelusuri Sejarah Nuzul Al-Quran

SILIBUS JAIJ ( IBADAT DARJAH 2 )

PELAJARAN KEEMPAT ( WUDUK )

4.1 PENGERTIAN WUDUK

4.2 FARDU - FARDU WUDUK

4.3 SUNAT SEBELUM BERWUDUK

4.4 SUNAT KETIKA BERWUDUK

4.5 SUNAT SELEPAS BERWUDUK

4.6 PERKARA - PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK

4.7 SEMPURNAKAN WUDUK

LATIHAN PENGUKUHAN

                                                 IBADAT DARJAH

PILIH JAWAPAN YANG SESUAI

AIR SEMBAHYANG             ALLAH      ANGGOTA - ANGGOTA TERTENTU      

SYARAT - SYARAT          RUKUN - RUKUN


PENGERTIAN WUDUK PADA BAHASA IALAH MENGAMBIL ........................................... PADA ISTILAH PULA IALAH MEMBASUH .................................................... DENGAN AIR YANG BERSIH BERPANDUKAN .................................... DAN ................................ TERTENTU DENGAN NIAT KERANA ...................................

ISIKAN TEMPAT KOSONG SUNAT SEBELUM BERWUDUK

1.   ..................................................................................................................................

2.   ..................................................................................................................................

3.   ..................................................................................................................................

4.   ..................................................................................................................................

PENGERTIAN WUDUK

PENGERTIAN WUDUK
WUDUK PADA BAHASA   IALAH MENGAMBIL AIR SEMBAHYANG.
WUDUK PADA ISTILAH   IALAH MEMBASUH ANGGOTA – ANGGOTA TERTENTU DENGAN AIR YANG   BERSIH BERPANDUKAN SYARAT – SYARAT DAN RUKUN – RUKUN TERTENTU DENGAN NIAT KERANA ALLAH TAALA.
KONSEP WUDUK
1.    KITA DIKEHENDAKI MENGAMBIL WUDUK KETIKA HENDAK MELAKUKAN IBADAT.
   
2.   ANTARA IBADAT YANG MEWAJIBKAN BERWUDUK IALAH SOLAT, TAWAF DAN MENYENTUH AL – QURAN.
   
3.   SEKIRANYA KITA SOLAT ATAU TAWAF TANPA WUDUK, SOLAT DAN TAWAF KITA TIDAK SAH.

Monday 23 July 2012

PENGENALAN WUDHUK


PENGERTIAN WUDHU’


Dari segi bahasa, wudhu’ ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu.
Dari segi syara‘, wudhu’ bermaksud membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu.



HUKUM WUDHU’


Hukum wudhu’ adalah seperti berikut:
1. Wajib atau fardhu, iaitu ketika hendak menunaikan ibadah seperti sembahyang, sama ada sembahyang fardhu atau sembahyang sunat, ketika hendak melakukan tawaf Ka‘bah sama ada tawaf fardhu atau sunat, ketika hendak menyentuh Al-Qur’an dan sebagainya.
2. Sunat. Banyak perkara yang disunatkan berwudhu’, antaranya ialah untuk membaca atau mendengar bacaan Al-Qur’an, membaca atau mendengar bacaan hadith, membawa kitab tafsir, kitab hadith atau kitab fiqh, melakukan azan, duduk di dalam masjid, melakukan tawaf di ‘Arafah, melakukan sa‘i, menziarahi makam Rasulullah, ketika hendak tidur, mengusung jenazah, malah disunatkan sentiasa berada dalam keadaan berwudhu’ dan memperbaharui wudhu’.


HIKMAH WUDHU’


Hikmah berwudhu’ ialah kerana anggota-anggota tersebut terdedah kepada kekotoran yang zahir seperti habuk, debu dan lain-lain serta banyak terdedah dengan dosa dan maksiat sama ada zahir atau batin.